Menguruskan Program Latihan Kemahiran & Keusahawanan di dalam meningkatkan kemahiran dan keusahawanan, dengan kumpulan sasaran B40, termasuk golongan BELIA, WANITA, IBU TUNGGAL, SISWAZAH YANG MENGANGGUR dan ORANG ASLI.
Memastikan para peserta latihan akan dapat meningkatkan pendapatan melalui latihan kemahiran samada melalui KERJA DARI RUMAH, BEKERJA SEBAGAI USAHAWAN atau BEKERJA SEBAGAI PEKERJA yang bersesuaian dengan hasrat pemimpin negara.
Program empowerNCER atau Latihan Kemahiran & Keusahawanan secara PERCUMA (Fasa 1) ini menawarkan pelbagai kursus menarik kepada golongan B40; Ibu Tunggal; Belia Menganggur & Mereka yang telah diberhentikan pekerjaan akibat wabak Covid 19. Kursus ini telah dilaksanakan di Daerah Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang) ; Daerah Larut Matang Selama & Daerah Batang Padang (Negeri Perak). Seramai 600 peserta telah terlibat dan menunjukkan impak yang sangat positif terhadap program
Program empowerNCER atau Latihan Kemahiran & Keusahawanan secara PERCUMA (Fasa 2) ini menawarkan pelbagai kursus menarik kepada golongan B40; Ibu Tunggal; Belia Menganggur & Mereka yang telah diberhentikan pekerjaan akibat wabak Covid 19. Penyertaan bagi kursus ini masih dibuka untuk seluruh daerah Negeri Perak & Pulau Pinang