ROPE - UMP KOMPETEN

(RECOGNITION OF PAST EXPERIENCES) PENGIKTIRAFAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU



ROPE-UMP Kompeten adalah Pengiktirafan Pengalaman Terdahulu (Recognition of Past Experiences). ROPE-UMP Kompeten didefinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.
Secara umumnya, proses ROPE-UMP Kompeten melibatkan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman yang boleh diperoleh melalui pelbagai kaedah termasuk pengalaman kerja, kursus dan seminar dihadiri, kemahiran yang dimiliki serta anugerah yang diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan.

ROPE-UMP Kompeten diwujudkan bagi menyediakan laluan kemasukan alternatif kepada mereka yang ingin menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi bagi program Profesional/Eksekutif dengan menggunakan pengalaman terdahulu untuk memenuhi syarat kemasukan pengajian.
ROPE-UMP Kompeten menggalakkan seseorang individu terutama daripada kalangan industri untuk meneruskan pengajian ke tahap yang lebih tinggi dan dalam masa yang sama memberi peluang untuk perkembangan kerjaya semasa.

DIPLOMA PROFESIONAL
Calon haruslah warganegara Malaysia berumur 20 tahun ke atas pada tahun permohonan dan memiliki pengalaman kerja yang berkaitan dan lulus penilaian ROPE.

BACELOR EKSEKUTIF Calon haruslah warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada tahun permohonan dan memiliki pengalaman kerja yang berkaitan dan lulus penilaian ROPE.

MASTER EKSEKUTIF Calon haruslah warganegara Malaysia berumur 30 tahun ke atas pada tahun permohonan. Memiliki sekurang-kurangnya STPM / Diploma / Diploma Profesional / setara dengan pengalaman kerja yang berkaitan dan lulus penilaian ROPE.

DIPLOMA PROFESIONAL - RM220.00
BACELOR EKSEKUTIF - RM320.00
MASTER EKSEKUTIF - RM420.00

Message Us