Bengkel Andragogi Pembelajaran Sepanjang Hayat Ump 2020

Posted by : UMP Advanced
News Date : 20 February 2020


----------UMP Advanced telah berjaya menganjurkan Bengkel Andragogi Pembelajaran Sepanjang Hayat UMP 2020 di UMP kampus Gambang. Seramai 31 orang pensyarah daripada pelbagai fakulti telah menyertai bengkel ini, yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Profesor Dr. Zaleha Ismail dari Jabatan Pendidikan Sains, Matematik dan Multimedia Kreatif, Universiti Teknologi Malaysia. Bengkel ini memberi pendedahan berkaitan pengajaran dan pembelajaran andragogi kepada pensyarah yang terlibat dengan program akademik di bawah kelolaan UMP Advanced. Ianya juga bertujuan meningkatkan kualiti dan kompetensi pensyarah yang mengendalikan program PSH dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti program akademik PSH UMP. Ringkasnya, pendidikan adalah untuk semua dan andragogi adalah pendidikan untuk golongan dewasa. Andragogi adalah seni dan sains untuk pembelajaran bagi orang dewasa.