UMP Advanced Dirai

Posted by : Berita Harian
News Date : 30 April 2019


----------Majlis Malam Santapan Sekalung Budi Seluhur Kasih di Manggala Resort dan Spa di sini, malam tadi, bagi meraikan jasa dan sumbangan kakitangan serta rakan kerjasama strategik syarikat itu. Pengerusi Lembaga Pengarah UMP Advanced, Ahmad Zakie Ahmad Sharif, berkata majlis itu juga sebagai penghargaan kepada pihak yang terbabit menggembleng tenaga dan usaha bagi mencapai kegemilangan UMP Advanced. "Majlis ini secara tidak langsung dapat memotivasikan kakitangan dan rakan kerjasama strategik berkaitan untuk lebih proaktif menawarkan peluang pendidikan pembelajaran sepanjang hayat merentasi peringkat umur, latar belakang serta lokasi pembelajaran," katanya pada majlis yang turut dihadiri Naib Canselor UMP, Prof Datuk Seri Dr Daing Nasir Ibrahim dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif UMP Advanced, Prof Madya Dr Mohd Rashid Ab Hamid. "Majlis ini secara tidak langsung dapat memotivasikan kakitangan dan rakan kerjasama strategik berkaitan untuk lebih proaktif menawarkan peluang pendidikan pembelajaran sepanjang hayat merentasi peringkat umur, latar belakang serta lokasi pembelajaran," katanya pada majlis yang turut dihadiri Naib Canselor UMP, Prof Datuk Seri Dr Daing Nasir Ibrahim dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif UMP Advanced, Prof Madya Dr Mohd Rashid Ab Hamid.

Semua 38 kakitangan terbabit turut menerima Anugerah Khidmat Setia, Sijil Kepujian Perkhidmatan, Sijil Penghargaan Khidmat, Sijil Penghargaan Sekalung Budi dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Ahmad Zakie berkata, kini genap lima tahun penubuhan UMP Advanced yang beraspirasi untuk menjadi peneraju pembelajaran sepanjang hayat dalam usaha meningkatkan sosioekonomi masyarakat dan memenuhi keperluan tenaga mahir industri. "Fungsi UMP Advanced sudah diperluaskan dengan menawarkan program peringkat perdana dan profesional membabitkan pelbagai bidang ilmu untuk semua lapisan masyarakat. Kewujudan syarikat ini juga selari dengan usaha meningkatkan modal insan negara, selain menyokong lonjakan strategik kelestarian kewangan UMP yang disumbangkan dengan kerjasama erat UMP serta rakan strategik dan sokongan kakitangan UMP Advanced," katanya.

Beliau berkata, cabaran warga industri pada masa kini semakin sengit dan menuntut golongan ini sentiasa mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran terkini yang boleh dicapai melalui pembelajaran sepanjang hayat. "Pihak UMP Advanced sentiasa komited menyokong agenda memperluaskan akses pendidikan kepada golongan sasaran dan meninjau peluang baharu yang dapat membantu melahirkan generasi berkemahiran khususnya dalam ledakan Revolusi 4.0," katanya.

Message Us