KUALA LUMPUR, 15 Mei 2023- Telah berlangsung Majlis Minum Petang bersama rakan kerjasama UMP Advanced yang bertempat di Grand Petra 1, Residensi UTM KL.
Turut hadir bersama YH. Dato’ Mohd Sharil bin Abdullah, Pengerusi Lembaga Pengarah UMP Advanced merangkap Ahli Lembaga Pengarah UMP, YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Hamzah bin Ahmad, yang menjalankan fungsi Ketua Pegawai Eksekutif UMP Advanced, pengurusan UMP Advanced serta rakan-rakan kerjasama yang diraikan.
Majlis ini bermatlamat untuk mengeratkan hubungan strategik bersama rakan kerjasama dan meneroka peluang perniagaan yang baharu melalui sesi ramah mesra bersama.
Semoga dengan perjumpaan ini hubungan bersama rakan kerjasama semakin erat dan mesra.