fbpx

UMP Advanced Official

BENGKEL TOT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) BAGI PROGRAM PSH UMP

BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT); PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) BAGI PROGRAM PSH UMP

UMP Advanced, 30 Mac 2019; Jabatan Akademik & Rundingcara Pelajar, UMP Advanced telah mengendalikan Bengkel Training of Trainers (ToT); Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bagi Program PSH UMP dan Pengenalan Sistem E-Learning yang bertempat di Hilton Kuching, Sarawak pada 30 Mac 2019. Bengkel ini dihadiri seramai 23 orang tenaga pengajar dari seluruh Zon Borneo. Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran ini disampaikan oleh Profesor Dr. Abdullah Bin Ibrahim yang juga merupakan Ketua Jaminan Kualiti & Audit, UMP Advanced.

56401975 2529659770397280 5606844015518416896 n  56276105 2529660257063898 8789033264204480512 n

Tujuan bengkel Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) ini adalah untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran pedagogi dan andragogi pengajar-pengajar modul program PSH UMP Rakan Kerjasama UMP Advanced. Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran ini juga untuk mengiktiraf kemahiran mengajar pengajar-pengajar modul program PSH UMP Rakan Kerjasama UMP Advanced melalui bengkel dan diberi tauliah mengajar. Tambahan, bengkel ini untuk  memantapkan kaedah penilaian, pengukuran, pemantapan kandungan kursus program PSH UMP. Dengan adanya bengkel ini, ia dapat melancarkan urusan akademik program dari aspek pengajaran dan pembelajaran bagi jaminan kualiti akademik di UMP Advanced.  

Bengkel tersebut juga memberi pendedahan kepada tenaga pengajar yang hadir tentang sistem e-learning yang dilaksanakan oleh UMP Advanced. Disamping itu, bengkel sistem e-learning ini juga dapat memperkenalkan kaedah pengajaran secara on-line sebagai salah satu inisiatif penambahbaikan yang dibangunkan oleh pihak UMP Advanced.

Di akhir bengkel ini, kesemua peserta dianugerahkan sijil kehadiran dan sijil permit mengajar program PSH UMP. Bengkel ini merupakan aktiviti tahunan yang dijangka dapat memastikan semua pengajar program PSH UMP memiliki kemahiran mengajar yang berkesan. Secara ringkasnya, pihak UMP Advanced akan terus memberi perhatian dalam kualiti dan akan terus menambah baik dalam penawaran Pogram Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang sedia ada dari semasa ke semasa. Diharapkan juga program PSH ini dapat diperluas kepada umum dalam memenuhi Lonjakan 3: Menghayati pembelajaran Sepanjang Hayat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) & Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional (2011-2020).

    

Tags: Latest News

Print Email

RELATED LINKS

  

  

  

CONTACT US

UMP Advanced
Kompleks Pentadbiran Utama
Universiti Malaysia Pahang
Lebuhraya Tun Razak
26300 Gambang, Kuantan
Pahang Darul Makmur

Tel : +609 549 3177 / 3172
Fax : +609 549 3166

LOCATION

Koordinat:
3.718491,103.120784

VISITORS COUNTER

656091
TodayToday53
YesterdayYesterday1376
This_WeekThis_Week4556
This_MonthThis_Month37192
All_DaysAll_Days656091

UMP Advanced © 2016. All right reserved.