UMP Advanced Official

UMP ADVANCED EDUCATION ANJUR BENGKEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) PROGRAM PSH UMP DAN BENGKEL TRAIN OF TRAINERS (TOT) SISTEM E-PSH

 

 

 

22 Ogos 2016: Seramai 58 orang peserta hadir dalam Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) UMP. Bengkel yang dianjurkan oleh Unit Akademik, UMP Advanced Education ini dilaksanakan mengikut tiga zon utama iaitu zon utara yang diadakan di Northern Business Academy, Pulau Pinang (13 Ogos 2016), zon tengah diadakan di Warisan Akademi Pendidikan, Bangsar (22 Ogos 2016) dan zon selatan di Warisan Akademi Pendidikan (WAP) Johor Bahru (29 Ogos 2016).

 

Tujuan bengkel P&P ini adalah untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran andragogi pengajar-pengajar modul program PSH (profesional/eksekutif) rakan kerjasama UAE di samping menyahut seruan Majlis Pembelajaran Sepanjang Hayat (MPSH) UMP dalam memastikan agenda kualiti berterusan dapat direalisasikan dan dipertingkatkan. Selain itu, bengkel ini memberi pendedahan tentang kaedah pengukuran, penilaian dan pentaksiran serta pemantapan penyampaian kandungan kursus program profesional/eksekutif UMP. Melalui bengkel ini juga, ia dapat melancarkan pelaksanaan program dari aspek pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan jaminan kualiti akademik program PSH UMP dalam kalangan tenaga pengajar rakan kerjasama UAE. Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran ini disampaikan oleh penceramah jemputan dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan merangkap Penasihat Akademik UAE iaitu Profesor Dr. Abdullah bin Ibrahim.

 

Seiringan dengan Pelaksanaan Bengkel P&P ini juga, satu bengkel Train of Trainers (TOT) turut diadakan dengan kerjasama Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK) yang disampaikan oleh En. Hanizam bin Abdul Kasim. Tujuan bengkel TOT ini adalah untuk memberi pendedahan kepada 30 orang koordinator pusat pembelajaran rakan kerjasama berkenaan penggunaan sistem e-PSH yang dibangunkan di samping memperkenalkan kaedah pengisian data bagi modul permohonan program, pendaftaran kursus, mark setup entry dan modul kewangan. Tambahan itu, dengan memperkenalkan sistem ini juga, ianya dapat melancarkan urusan akademik dan kewangan bagi program profesional/eksekutif di UMP Advanced Education.

 

Pihak UMP Advanced Education akan terus memberi perhatian dan komitmen kepada aspek kualiti pogram Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) UMP dari semasa ke semasa. Adalah diharapkan program PSH UMP ini dapat menyokong dan memenuhi Lonjakan 3: Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dan Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional (2011-2020).

Print Email

 

RELATED LINKS

  

  

  

CONTACT US

UMP Advanced
Kompleks Pentadbiran Utama
Universiti Malaysia Pahang
Lebuhraya Tun Razak
26300 Gambang, Kuantan
Pahang Darul Makmur

Tel : +609 549 3177 / 3178
Fax : +609 549 3166
umpadvanced@ump.my

LOCATION

Koordinat:
3.718491,103.120784

VISITORS COUNTER

111086
TodayToday76
YesterdayYesterday248
This_WeekThis_Week76
This_MonthThis_Month6177
All_DaysAll_Days111086

UMP Advanced © 2016. All right reserved.