UMP Advanced Official

UMP ADVANCED EDUCATION SERTAI PERSIDANGAN KEBANGSAAN; PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT 2016 (PSH 2016)

UMP ADVANCED EDUCATION
SERTAI PERSIDANGAN KEBANGSAAN;
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT 2016 (PSH 2016)

20160927 103340

29hb September 2016: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) menganjurkan Persidangan Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2016 (PSH 2016) pada 27 dan 28 September 2016 yang berlangsung di Universiti Malaya. Persidangan ini dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris bin Jusoh. Dalam ucapan perasmian, beliau menekankan isu dan kepentingan serta hala tuju Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di Malaysia. Persidangan ini turut disertai oleh beberapa pengurusan tertinggi Universiti Awam termasuk Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim.

Persidangan ini berobjektifkan secara strategik terhadap pembangunan program PSH bagi melestarikan industri dan ekonomi sesuai dengan tema persidangan “Ke Arah Kelestarian Industri dan Ekonomi”. Dengan kata lain, peranan PSH dalam membantu serta melahirkan guna tenaga yang sentiasa relevan bagi memenuhi keperluan industri semasa. Tambahan itu, persidangan ini bertujuan merangka platform untuk menjalin kerjasama dan hubungan erat antara industri dan pembekal PSH. Menariknya, persidangan ini bukan hanya melibatkan sesi pembentangan kertas kerja, tetapi turut melibatkan sesi forum yang disertai oleh pelbagai pihak dari agensi kerajaan dan industri yang membahaskan pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan PSH.

Bagi menyokong matlamat Persidangan Kebangsaan PSH ini, UMP Advanced Education turut membentangkan empat (4) kertas kerja antaranya adalah Program PSH Berasaskan TVET, Laluan PSH Peringkat Tinggi, Program Pembangunan Sosio-ekonomi melalui PSH dan Inovasi Melalui Program PSH. Melalui persidangan ini, pembentangan kertas kerja turut memberi pendedahan serta peluang kepada staf UMP Advanced Education untuk turut serta dalam persidangan PSH2016 di samping menonjolkan imej dan penjenamaan di peringkat kebangsaan termasuk melalui tajaan persidangan oleh UMP Advanced Education.

Pihak UMP Advanced Education akan terus komited dan sentiasa memberi perhatian dan komitmen kepada aspek kualiti pogram Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) UMP dari semasa ke semasa dalam menyokong dan memenuhi Lonjakan 3: Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dan Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional (2011-2020).

Print Email

Kemasukan Khas UMP ADVANCED

RELATED LINKS

  

  

  

CONTACT US

UMP Advanced
Kompleks Pentadbiran Utama
Universiti Malaysia Pahang
Lebuhraya Tun Razak
26300 Gambang, Kuantan
Pahang Darul Makmur

Tel : +609 549 3177 / 3178
Fax : +609 549 3166
umpadvanced@ump.my

LOCATION

Koordinat:
3.718491,103.120784

VISITORS COUNTER

129911
TodayToday434
YesterdayYesterday742
This_WeekThis_Week1176
This_MonthThis_Month7727
All_DaysAll_Days129911

UMP Advanced © 2016. All right reserved.