UMP Advanced Official

 

Taklimat Proses Kerja Program Profesional Ump Advanced Education Dengan Rakan Kerjasama

 

Kuala Lumpur, 13 Nov 2015. UMP Advanced Education telah mengadakan satu taklimat proses kerja program profesional yang melibatkan 15 rakan kerjasama strategik UMP. Taklimat yang diadakan di Hotel Vistana Kuala Lumpur pada 13 November 2015 bertujuan memberi penjelasan tentang proses permohonan program, pengeluaran surat tawaran & pembiayaan program serta menerangkan kerangka kelayakan akademik, peraturan akademik & jaminan kualiti program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) selain memberi penjelasan tentang kualiti akademik.Taklimat disampaikan oleh Pengurus Besar (Akademik) UAE, Dr Haji Mohd Rashid bin Ab Hamid dan Penasihat Akademik UAE, Prof. Dr. Abdullah bin Ibrahim.

                                                 

 

Secara dasarnya, taklimat selama satu hari ini adalah untuk memastikan tahap kualiti akademik program yang ditawarkan oleh rakan kerjasama adalah menepati standard yang ditetapkan di samping menyelaras proses kerja rakan kerjasama agar menepati kehendak dan keperluan organisasi.

UMP Advanced Education (UAE) komited dalam memastikan segala proses kerja yang dilakukan diikuti dan sentiasa difahami oleh rakan kerjasama demi memastikan tahap kualiti pengajian sepanjang hayat mendapat tempat dalam kalangan golongan yang bekerja khususnya di sektor industri tertentu untuk menyambung pengajian.

 

      

 

Taklimat kepada rakan kerjasama berkaitan program PSH ini akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi memperkemas lagi proses kerja yang dilakukan antara UAE dan rakan kerjasama strategik. Semoga melalui taklimat ini dapat menyemarakkan lagi program PSH di samping memperluas akses pendidikan kepada umum dan meningkatkan kualiti program PSH dalam memenuhi Lonjakan 3: Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).

PrintEmail

RELATED LINKS

  

  

  

CONTACT US

UMP Advanced
Kompleks Pentadbiran Utama
Universiti Malaysia Pahang
Lebuhraya Tun Razak
26300 Gambang, Kuantan
Pahang Darul Makmur

Tel : +609 549 3177 / 3178
Fax : +609 549 3166
umpadvanced@ump.my

LOCATION

VISITORS COUNTER

60913
TodayToday119
YesterdayYesterday111
This_WeekThis_Week230
This_MonthThis_Month6068
All_DaysAll_Days60913