UMP Advanced Official

Short Courses Programmes

KURSUS PERSIJILAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

NO PERKARA

STRUKTUR PROGRAM

1 Deskripsi
  • Kursus ini bertujuan melahirkan individu kompeten terhadap prinsip dan konsep keselamatan & kesihatan pekerjaan sepertimana digariskan oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Kementerian Sumber Manusia.
  • Modul kursus adalah beradasarkan tata amalan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan.
2 Objektif Program
  • Meningkatkan pengetahuan calon tentang perkara yang berkaitan dengan prinsip dan konsep keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  • Menyediakan calon untuk peperiksaan bagi menjadikan mereka Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (SHO).
  • Menyedari permintaan yang tinggi di pasaran industri kerana semua pekerja industri tertakluk di bawah peraturan yang telah digariskan oleh Kementerian Sumber Manusia.
3 Maklumat Kelulusan
  • Program ini telah diluluskan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) pada 01 Disember 2004. (rujukan JKKP IS 127 / 438 / 3-28 (12) )
  • Lanjutan pengiktirafan sebagai Pusat Pengajar bagi program Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) pada 18 September 2014. (rujukan JKKP IS 127 / 438 / 3-28)
4 Penganugerahan
  • Penganugerahan Persijilan akan dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP).
5 Tempoh Pengajian
  • 22 hari @ 3 bulan
6 Bilangan Modul
  • 4 Modul
7 Senarai Modul
  • Module 1 : Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
  • Module 2 : Perundangan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan.
  • Module 3 : Kesihatan Pekerjaan & Higien
  • Module 4 : Keselamatan Pekerjaan
8 Jumlah Pertemuan per Modul
  • Module 1 : 48 jam
  • Module 2 : 40 jam
  • Module 3 : 40 jam
  • Module 4 : 48 jam

Jumlah jam pertemuan : 176 jam

9

Kaedah Penyampaian

  • Kuliah dan lawatan tapak
10 Pusat Pembelajaran
  • Kuliah akan dijalankan di UMP Kampus Gambang dan premis di luar UMP yang dibenarkan oleh pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP).
11 Syarat Kemasukan
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
12 Penilaian Kualiti Program
  • Pemantauan dari masa ke semasa oleh pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP).
13 Tenaga Pengajar
  • Staf sedia ada di UMP yang mempunyai kelayakan dalam bidang berkaitan.
  • Staf jemputan dari IPT dan industri yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan serta terlibat secara langsung dalam bidang yang ditawarkan.
14 Yuran Pengajian
  • RM4,240.00
15 Pinjaman Latihan
  • Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
16 Kriteria Pinjaman
  • Warganegara Malaysia.
  • Kelayakan umur adalah sehingga 45 tahun pada tahun permohonan.
  • Pendapatan pekerjaan tidak melebihi RM 3,000 sebulan.
  • Telah bekerja di dalam alam pekerjaan sekurang-kurangnya melebihi satu (1) tahun.
  • Pemohon bukan terdiri dari pekerja golongan pengurusan dan profesional.
  • Tidak mendapat mana-mana tajaan daripada agensi kerajaan atau institusi kewangan yang lain.
17 Bayaran Balik Pinjaman
  • Pembayaran balik adalah sebulan selepas tamat program.
  • Boleh membuat pembayaran secara ansuran bulanan.
  • Tiada bulan tunggakan.
  • Sebanyak 1% (Interest) dikenakan untuk keseluruhan jumlah yuran dan bernilai RM1.80/per-bulan.
  • Pembayaran balik adalah RM84.00/per-bulan selama 50 bulan.
  • Maksimum pembayaran adalah selama 5 tahun.
  • Kaedah pembayaran balik boleh dilakukan melalui kaunter PTPK, PTPTN, kaunter BSN, pejabat Pos Malaysia,
    Cimbclick Online, Maybank Online.

Print Email

Kemasukan Khas UMP ADVANCED

RELATED LINKS

  

  

  

CONTACT US

UMP Advanced
Kompleks Pentadbiran Utama
Universiti Malaysia Pahang
Lebuhraya Tun Razak
26300 Gambang, Kuantan
Pahang Darul Makmur

Tel : +609 549 3177 / 3178
Fax : +609 549 3166
umpadvanced@ump.my

LOCATION

Koordinat:
3.718491,103.120784

VISITORS COUNTER

129923
TodayToday446
YesterdayYesterday742
This_WeekThis_Week1188
This_MonthThis_Month7739
All_DaysAll_Days129923

UMP Advanced © 2016. All right reserved.